PENGENALAN
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua
kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut
keupayaan masing-masing (En.Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan
Khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan
bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu
diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas, ia juga perlu diketahui oleh
semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A
Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu.
Tanpa pengetahuan juga menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada
kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas,
bodoh, degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman
yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals
with Disabilities Education Act (IDEA), 1990 mengklasifikasikan kanak-kanak
berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006
mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa
kategori seperti di bawah ;
· KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
· KURANG
UPAYA PENDENGARAN
· KURANG
UPAYA PENGLIHATAN
· KURANG
UPAYA PERTUTURAN & BAHASA
· KURANG
UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)
· KURANG
UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
· KURANG
UPAYA PEMBELAJARAN
· GANGGUAN
EMOSI & TINGKAH LAKU
· PINTAR
CERDAS
Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan
khas seperti di bawah;
·
BERMASALAH PENDENGARAN
·
BERMASALAH PENGLIHATAN
·
BERMASALAH PEMBELAJARAN
Ø
Lembam (Slow
Learner)
Ø
Sindrom Down
Ø
Hiperaktif
Ø
Disleksia
Ø
Palsi Selebral
Ø
Autisma
Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya.
Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan
pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah
pembelajaran (learning disabilities),
gangguan emosi dan tingkah laku (emotional
and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder),
hilang pendengaran (hearing loss),
hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan
pintar cerdas (giftedness).
Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia
dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk
murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan
penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu
akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid
berkeperluan khas sekolah rendah selama
enam tahun, sementara bagi sekolah
menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun
mengikut keperluan murid-murid berkenaan. Walaupun
demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan
ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan.
Untuk mendapatkan peruntukan
tersebut, murid-murid tertakluk kepada proses penaksiran yang mengesahkan dan
mengkategorikan murid-murid tersebut berdasarkan
ketidakupayaannya. Melalui amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang
dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan.
ketidakupayaannya. Melalui amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang
dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan.
Program
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia di laksanakan melalui :-
·
Sekolah Khas bagi murid
bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran .
·
Program pendidikan khas
intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik
yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik
yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
·
Walau pun demikian
kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan
ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan.
ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan.
Tempoh Belajar
·
Tempoh belajar bagi murid-murid
berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun
·
Tempoh belajar bagi murid-murid
berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun
·
Tempoh ini boleh dilanjutkan
hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau
menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Intergrasi)
·
> Program Pendidikan Khas
Intergrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggung jawab terhadap
perkara-perkara
yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
>Ini merupakan kelas bagi
murid-murid khas di sekolah-sekolah biasa.
· > Kelas ini adalah sebahagian
daripada sekolah berkenaan dan semua aspeK pentadbirannya adalah di bawah sekolah berkenaan dan di bawah kelolaan jabatan pelajaran negeri.
· >Selain memberikan pendidikan
formal kepada murid-murid berkeperluan khas, kelas ini
juga bertujuan menyatupadukan murid-murid khas ini dengan kanak-kanak khas biasa
dalam sekolah itu ke arah normalisasi .
juga bertujuan menyatupadukan murid-murid khas ini dengan kanak-kanak khas biasa
dalam sekolah itu ke arah normalisasi .
· > Program ini juga dinamakan
program intergrasi yang menjalankan program khas secara
berasingan ataupun melalui kelas-kelas inklusif yang diamalkan mengikut kemampuan
dan kesesuaian murid.
berasingan ataupun melalui kelas-kelas inklusif yang diamalkan mengikut kemampuan
dan kesesuaian murid.
Pengurusan
Kelas
·
Pengurusan Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) merupakan satu tempat di
mana setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah.
mana setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah.
· -Penyusunan kemudahan fizikal/
perabot bilik darjah.
· -Peratura-peraturan bilik darjah
· -Pembahagian kumpulan pengajaran
dan pembelajaran
· -Pengurusan tingkah laku
· =Penjadualan
· -Penyimpanan rekod
· -Stesen-stesen pembelajaran
·
Pengelolaan yang berkesan dapat
membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih baik.Pengurusan
bilik darjah secara umumnya mengandungi komponen-komponen seperti berikut :
·
Penyusunan kemudahan fizikal/
perabot bilik darjah.
·
Peratura-peraturan bilik darjah
·
Pembahagian kumpulan pengajaran
dan pembelajaran
·
Pengurusan tingkah laku
·
Penjadualan
·
Penyimpanan rekod
·
Stesen-stesen pembelajaran
Penyusunan
Kemudahan Fizikal Perabot Bilik Darjah
·
Membolehkan aktiviti dijalankan
dengan terancang
·
Mengurangkan kebisingan dan
gangguan
·
Memupuk interaksi murid
·
Menambahkan masa yang dihabiskan
dalam aktiviti pembelajaran
·
Membolehkan guru yang memantau
aktiviti murid
Cara
penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan
·
Guru dan murid bergerak tanpa
halangan
·
Memudahkan guru untuk mendapatkan
bahan bantu mengajar
·
Guru dapat menimpukan perhatian
kepada semua murid
Ruang
Pengajaran dan Pembelajaran
v
Ruang belajar untuk kumpulan
besar .
v
Ruang belajar untuk kumpulan
kecil
·
Sudut rekreasi
·
Tempat audio-visual .
·
Sudut bacaan
·
Sudut pameran
·
Sudut 'time out'
·
Tempat letak peralatan
membersihkan diri .
·
Sudut pengurusan kebersihan diri
·
Sudut tempat letak peralatan
kebersihan bilik darjah .
·
Sudut maklumat murid
·
Sudut peralatan dan bahan
pengajaran dan pembelajaran
Peraturan
Bilik Darjah
Peraturan
perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti :
·
Aktiviti keluar masuk kelas
·
Menggunakan perabot, peralatan
dan bahan-bahan yang dikongsi bersama seperti almari,
rak, alat tulis, komputer dan lain-lain .
rak, alat tulis, komputer dan lain-lain .
·
Meninggalkan tempat duduk
·
Menyerahkan kerja yang telah siap
.
·
Menjaga kebersihan bilik darjah
·
Padang permainan
·
Perhimpunan dan sebagainya.
KONSEP
PENDIDIKAN KHAS
"Pengajaran yang bercorak
individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau
biasa."
Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special
Education,1999)
DEFINISI PENDIDIKAN
KHAS
Pendidikan
Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p
mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar :-
· Perkembangan
mental
· Kestabilan
emosi
· Integrasi
sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan
kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional
klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“………
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam
ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan
otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan
komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan
amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan
pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum
”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”,
1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
…………
“Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai
pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari
rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
………
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum
yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program
pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
· Sekolah
Khas
· Progam
pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
· Pemulihan
Khas
· Program
Disleksia
· Pendidikan
Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak
yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah
untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
· Masalah
Pembelajaran
· Masalah
Pendengaran
· Masalah
Penglihatan
Dasar Pendidikan Khas
Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
·
Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
·
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
·
Peraturan -Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997.
·
Keputusan Jawatankuasa Dasar,
Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP),
Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum
Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
Deklarasi
Antarabangsa:
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).
FALSAFAH
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan
Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI
PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan
yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
VISI
PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan
khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap
orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya
mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat
yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini
sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin
anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot,
doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan
tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang
terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun
mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat
mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam
bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa
seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang
yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang
istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa
juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!
BIBLIOGRAFI
No comments:
Post a Comment