PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Di
dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai
pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas,
mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus
bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.
Kecekapan
guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang
selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai
kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu
keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada
dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.
DEFINISI PENGURUSAN.
Istilah
pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan
pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan
bagi membolehkan ia diterima secara umum.
Mary
Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai
satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
Takrif
pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan
moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan
kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja
diadakan.[2]Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa
pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja
kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif
tersebut.
Pengurusan
secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau
subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses
perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli
organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk
mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.
Menurut
perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja
dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah
melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara
berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam
persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif
organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.
Pengurusan
juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama
dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau
kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.
DEFINISI BILIK DARJAH.
Bilik
darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara
amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau
pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar
oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata
merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi
pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu
sama lain didalamnya.
DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH.
Pengurusan
bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah
agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas
mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan
mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.
Pengurusan
bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks
yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan
bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Menurut
Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua
tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang
tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK
DARJAH.
1)
Manusia.
Unsur
manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid
dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi,
tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.
2)
Kebendaan.
Unsur
kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik
darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan,
ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan
fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.
3)
Operasi.
Unsur
operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid
dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.
ASPEK- ASPEK PENGURUSAN BILIK
DARJAH.
Di
sini terdapat empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu :
Iklim dan persekitaran
bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan
iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal
bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana
fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah
suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan
suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan
perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu
mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran
bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu
sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang
boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.
Suasana
bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru
perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam
bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah
yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru
dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan
bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif
serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang
diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai
dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara
mereka dengan guru dan sesama mereka.
Dari
aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu
sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas
KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain
itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain
itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan
iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak
dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara
penting harus diawasi oleh guru.
1.
Meja guru.
Pada
zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini
memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya.
Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan
dari pintu darjah.
2.
Kerusi dan meja murid.
Penyusunan
meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan
oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut
giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan
perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana
murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan
ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan
kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal,
dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin
juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu
dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
Dari
aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang
pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar,
mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa,
mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.
Dari
aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki
kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan
kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang
di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat
memotivasikan pelajar.
Kedua,
aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi
setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat
perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang
mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat
Pengurusan
hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang
lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,
di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran
yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik
darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya
teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi
merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan
bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka
sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak
akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi
merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya
mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka
komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk
kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.
Menurut
Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi
dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak.
Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah
berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.
Antara
ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi
di bilik darjah ialah:
Mengamalkan demokrasi dalam
komunikasi.
Mengamalkan
prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya
amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan
harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan
pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka
itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa
merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau
maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang
berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan
meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya
penyalahan tafsiran.
Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi
berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat.
Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik
darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk
mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk
proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka
sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
Menghormati perasaan orang lain.
Proses
komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor.
Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah
menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak
akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi
dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat
mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru
perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan
dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang
bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah
kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang
berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut
keadaan.
Ketiga,
aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.[22]
Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan
perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan
profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran,
kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi
mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan,
penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan
rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau
boleh juga diakses melalui internet.
Bagi
mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan
pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.
Prinsip- prinsip pengajaran yang
baik:
Murid-
murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Didalam
proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan
mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid
belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil
menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar
dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan
percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh
yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental
lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.
Penggunaan pelbagai kaedah didalam
proses pengajaran.
Dalam
proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk
digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah
pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat
dicapai.
Pemilihan
kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
Kaedah
yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam
bilik darjah.
Guru
hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan
kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid-
murid.
Kaedah
yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan
diri dalam pembelajaran secara aktif.
Kaedah
yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
Para
sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam
kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh
pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.
Diantara
kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan,
syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
Isi pelajaran hendaklah dikaitkan
dengan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
Sesuatu
pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada
murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan
sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan
pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa
isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka
alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
Pengajaran hendaklah mengambil
berat tentang perbezaan individu.
Pengajaran
yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini
kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di
dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu
pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid
yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru
perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi
semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak
dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat
dicapai.
Melakukan perancangan dalam
pengajaran.
Perancangan
yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah
dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi
rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu
mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga
tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul.
Oleh
kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau
peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran
tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal
pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua
hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada
beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif
khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan
kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya
bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah
disampaikan oleh guru.
Pengurusan yang berkaitan dengan
disiplin murid.
Disiplin
murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu
unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada
masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru
yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah
didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung
kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.
Menurut
Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan
untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan
untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara
umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati
seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.
Pada
hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah
disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak
diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu
berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat
pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga
pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui
perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan
masyarakat.
Punca-punca berlakunya masalah
disiplin dalam bilik darjah:
1.
Guru kurang berfungsi.
Guru
merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam
membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang
progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat
samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan
menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid.
Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia
ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
2.
Wujud kumpulan tertentu.
Bilangan
murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok
bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai
prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid
yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka
kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah
disiplin yang lain.
3.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.
Proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan
melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam
menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga
gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan
didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
4.
Halangan komunikasi.
Komunikasi
adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya,
murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu
topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya
dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka
menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya,
golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.
Cara mengatasi masalah disiplin di
dalam bilik darjah.
1.
Ganjaran perlakuan yang baik.
Murid
perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi
ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik.
Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan
berkesan.
2.
Penggunaan bahasa isyarat.
Guru
tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak
memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau
menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat
tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.
3.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Salah
satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan
dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru
hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan
isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.
4.
Gunakan kaedah kaunseling.
Ada
kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru
perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan
kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.
KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
BERKESAN.
Pertama,
banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik
darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah
hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan
pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan
tugasan.
Cole
(1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah
bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar
dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor
ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik.
Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan
dengan perlakuan negatif murid.
Kedua,
pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang
tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan
pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik
darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini
memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat
dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik
darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan
secara berkesan.
Ketiga,
pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang
guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan
pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicap
KESIMPULAN
Guru
yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka
terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak
berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang
terpaksa dijalankan.
Guru
yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang,
di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan
jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya,
boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.
Perancangan
yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam
tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran
berinterakasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan
kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas.
Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah
dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai
seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta
mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika
kerja dalam Islam.
Guru
yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa
yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan
kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan
pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan
bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan
sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
BIBLIOGRAFI
1.Abd.
Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan
Publication& Distrib.
2.Atan
Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
3.Ahmad
Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4.Ee
Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan
Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
5.http://dukeamienerev.blogspot.com
6.Leonard
M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi
Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
7.Sharifah
Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.
No comments:
Post a Comment