Definisi Bahasa
Tedapat
berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga
linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut:
1.”Bahasa
adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk
mewakili sesuatu.”(Reed, C.A., 1994)
2.”Satu
struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun
secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat
untuk berhubung.”(Simanjuntak, 1978)
3.”Lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan
digunakan untuk berkomunikasi.”(Bloom, 1988)
Daripada
definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut
Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between
the symbol and that which is symbolized…”.Bagi menjelaskan lagi maksud
sewenang-wenang atau arbitarari ini, Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa
unit yang kita tuturkan sebagai “rumah” itu bukanlah benda yang konkrit yang
mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat kita
berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Dengan itu benda-benda
yang konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai
lambang-lambang lain. Misalnya bait ( bahasa Arab), house (bahasa Inggeris),
het huis (bahasa Belanda), griya (bahasa Jawa halus), dan walay (bahasa
Kadazan), dan sebagainya.
Perkembangan Bahasa
Perkembangan
bahasa adalah perubahan yang berlaku secara tekal dari lahir hingga ke akhir.
Perkembangan juga berpegang pada beberapa prinsip iaitu berlaku pada tahap
berbeza, berlaku secara teratur dan seterusnya beransur-ansur. Begitu juga
perkembangan bahasa dalam kehidupan manusia yang berlaku pada tahap yang
berbeza, berlaku secara teratur dan beransur-ansur. Melihat pada segi perkembangan bahasa ianya
bermula dari elemen fonologi, semantik ,
morphologi, sintaks dan seterusnya pragmantik.
Secara
generalnya, fonologi, morphologi, syntak adalah elemen yang membentuk bahasa
dan semantik adalah untuk pengisian dan pragmantik adalah untuk kegunaannya.Menurut Kridalaksana (2002) dalam kamus lingustik,
fonologi adalah bidang dalam lingustik yang menyelidik bunyi- bunyi bahasa
menurut fungsinya.Elemen unit dalam bahasa pula dikenali sebagai fonem
iaitu ‘ the smallest linguistic unit of sound that can signal a
difference in meaning’ ( Owen, 2005,
p.21) .Fonem adalah kesatuan bunyi
terkecil yang berfungsi membezakan makna . ( Chaer 2007)
dan ( Owen, 2005, p.21) berkata
unit bahasa itu boleh di bezakan dengan bunyian –bunyian yang berfungsi untuk
membezakan makna. Contohnya adalah bunyi
vokal i ,a , e , o, dan konsonan
k , l , m, n jika dibunyikan akan memberikan bunyian yang berbeza. Jika di
sebut perkataan berang, jika ‘e’ di situ di tukar menjadi ‘a’ ianya akan
menjadi barang dan seterusnya akan memberikan makna yang berbeza pada perkataan
itu.
Morphologi
pula adalah kajian tentang perkataan dan bagaimana ianya terbentuk. Undang- undang morphologi
menyatakan bagaimana bunyian boleh disatukan dan membentuk struktur perkataan .Elemen
yang membentuk blok bahasa dikenali sebagai
morfem. Morfem adalah unit terkecil yang mempunyai maksud dalam bahasa.
Ianya terbahagi krpada dua bahagian iaitu morfem bebas dan morfem terikat .
Bagi morfem bebas contohnya adalah baseball ini
mempunyai dua morfem kerana perkataan base dan ball boleh di pisahkan dan masih
mengekalkan maksudnya tersendiri. Jika morfem terikat pula ,basement adalah satu morfem sahaja kerana perkataan
basement tidak boleh di pisahkan kerana ianya akan tidak memberi makna. Sintak
pula adalah kajian tentang peraturan yang menentukan bagaimana perkataan di
letakkan bersama untuk membentuk ayat
. Membina sesuatu ayat memerlukan
kombinasi antara frasa nama dan frasa kerja . Contoh ayat adalah aminah sedang
membaca buku. Perkataan ‘sedang’
membantu untuk menyambungkan perkataan menjadi satu ayat. Seterusnya pula adalah semantik iaitu kajian
tentang makna perkataan . Ianya adalah lebih pada pemahaman dalam memahami
sesuatu ayat itu.
Pragmantik
pula penggunaan bahasa untuk berkomunikasi ( Gleason 2001) . Penggunaan bahasa
untuk menyatakan niat seseorang dan
untuk membolehkan sesuatu di laksanakan . Perkembangan bahasa juga mempunyai
pelbagai teori yang boleh di kaitkan.
Teori Pemerolehan Bahasa
1.
Teori Mentalis
Teori
ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan
bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat
pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak
berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja.Chomsky
mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The
Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan
secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah
diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (
Language Acquisition Device).
Bagi
menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i.
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii.
proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang
IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama
);
iii.
proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi
kanak-kanak ; dan
iv.
tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan
dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa
ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i.
wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal
yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang
berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii.
bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa
keupayaan sejadi; dan
iii.
kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan
tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
2.Teori
Kognitif
Teori
Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.
Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu
adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh
penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan kognitifnya.Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat
deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun.
Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil
daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan
dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak
memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini
penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun
kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami
percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun)
iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep
hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan
sebagai peringkat operasi formal.
No comments:
Post a Comment