Tuesday, 8 October 2013

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK

Definisi Bahasa
Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut:
1.”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.”(Reed, C.A., 1994)
2.”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”(Simanjuntak, 1978)
3.”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.”(Bloom, 1988)
Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is symbolized…”.Bagi menjelaskan lagi maksud sewenang-wenang atau arbitarari ini, Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa unit yang kita tuturkan sebagai “rumah” itu bukanlah benda yang konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat kita berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Dengan itu benda-benda yang konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambang-lambang lain. Misalnya bait ( bahasa Arab), house (bahasa Inggeris), het huis (bahasa Belanda), griya (bahasa Jawa halus), dan walay (bahasa Kadazan), dan sebagainya.
Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa adalah perubahan yang berlaku secara tekal dari lahir hingga ke akhir. Perkembangan juga berpegang pada beberapa prinsip iaitu berlaku pada tahap berbeza, berlaku secara teratur dan seterusnya beransur-ansur. Begitu juga perkembangan bahasa dalam kehidupan manusia yang berlaku pada tahap yang berbeza, berlaku secara teratur dan beransur-ansur.  Melihat pada segi perkembangan bahasa ianya bermula dari elemen  fonologi, semantik , morphologi, sintaks dan seterusnya pragmantik.
Secara generalnya, fonologi, morphologi, syntak adalah elemen yang membentuk bahasa dan semantik adalah untuk pengisian dan pragmantik adalah untuk kegunaannya.Menurut    Kridalaksana (2002) dalam kamus lingustik, fonologi adalah bidang dalam lingustik yang menyelidik bunyi- bunyi bahasa menurut fungsinya.Elemen unit dalam bahasa pula dikenali sebagai   fonem   iaitu  ‘ the smallest   linguistic unit of sound that can signal a difference in meaning’   ( Owen, 2005, p.21) .Fonem adalah  kesatuan bunyi terkecil yang berfungsi membezakan makna . ( Chaer  2007)  dan  ( Owen, 2005, p.21) berkata unit bahasa itu boleh di bezakan dengan bunyian –bunyian yang berfungsi untuk membezakan makna. Contohnya adalah bunyi  vokal  i ,a , e , o, dan konsonan k , l , m, n jika dibunyikan akan memberikan bunyian yang berbeza. Jika di sebut perkataan berang,   jika  ‘e’ di situ di tukar menjadi ‘a’ ianya akan menjadi barang dan seterusnya akan memberikan makna yang berbeza pada perkataan itu.
Morphologi pula adalah kajian tentang perkataan dan bagaimana  ianya terbentuk. Undang- undang morphologi menyatakan bagaimana bunyian boleh disatukan dan membentuk struktur perkataan .Elemen yang membentuk blok bahasa dikenali sebagai  morfem. Morfem adalah unit terkecil yang mempunyai maksud dalam bahasa. Ianya terbahagi krpada dua bahagian iaitu morfem bebas dan morfem terikat . Bagi morfem bebas  contohnya  adalah baseball  ini  mempunyai dua morfem kerana perkataan base  dan ball boleh di pisahkan dan masih mengekalkan maksudnya tersendiri. Jika morfem terikat pula ,basement   adalah satu morfem sahaja kerana perkataan basement tidak boleh di pisahkan kerana ianya akan tidak memberi makna. Sintak pula adalah kajian tentang peraturan yang menentukan bagaimana perkataan di letakkan   bersama untuk membentuk ayat .  Membina sesuatu ayat memerlukan kombinasi antara frasa nama dan frasa kerja . Contoh ayat adalah aminah sedang membaca buku.  Perkataan ‘sedang’ membantu untuk menyambungkan perkataan menjadi satu ayat.  Seterusnya pula adalah semantik iaitu kajian tentang makna perkataan . Ianya adalah lebih pada pemahaman dalam memahami sesuatu ayat itu.
Pragmantik pula penggunaan bahasa untuk berkomunikasi ( Gleason 2001) . Penggunaan bahasa untuk menyatakan niat seseorang  dan untuk membolehkan sesuatu di laksanakan . Perkembangan bahasa juga mempunyai pelbagai teori yang boleh di kaitkan.
Teori Pemerolehan Bahasa
1. Teori Mentalis
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja.Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

2.Teori Kognitif
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.


Tuesday, 24 September 2013

Apa itu pendidikan khas

PENGENALAN

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En.Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas, ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juga menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh, degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), 1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah ;


·    KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
·    KURANG UPAYA PENDENGARAN
·    KURANG UPAYA PENGLIHATAN
·    KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA
·    KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL) 
·    KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
·    KURANG UPAYA PEMBELAJARAN 
·    GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU
·    PINTAR CERDAS

Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti di bawah;
·  BERMASALAH PENDENGARAN
·  BERMASALAH PENGLIHATAN
·  BERMASALAH PEMBELAJARAN
Ø Lembam (Slow Learner)
Ø Sindrom Down
Ø Hiperaktif 
Ø Disleksia
Ø Palsi Selebral
Ø Autisma

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).

Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan. Walaupun demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan. 

Untuk mendapatkan peruntukan tersebut, murid-murid tertakluk kepada proses penaksiran yang mengesahkan dan mengkategorikan murid-murid tersebut berdasarkan
ketidakupayaannya. Melalui amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang
dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan.

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia di laksanakan melalui :-
·         Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran .
·         Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik
yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
·         Walau pun demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan
ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan.

Tempoh Belajar
·         Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun
·         Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun
·         Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Intergrasi)
·       
        > Program Pendidikan Khas Intergrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggung jawab terhadap perkara-perkara
yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
      >Ini merupakan kelas bagi murid-murid khas di sekolah-sekolah biasa.
·       > Kelas ini adalah sebahagian daripada sekolah berkenaan dan semua aspeK pentadbirannya adalah di bawah sekolah berkenaan dan di bawah kelolaan jabatan pelajaran negeri.
·       >Selain memberikan pendidikan formal kepada murid-murid berkeperluan khas, kelas ini
juga bertujuan menyatupadukan murid-murid khas ini dengan kanak-kanak khas biasa
dalam sekolah itu ke arah normalisasi .
·      >  Program ini juga dinamakan program intergrasi yang menjalankan program khas secara
berasingan ataupun melalui kelas-kelas inklusif yang diamalkan mengikut kemampuan
dan kesesuaian murid.

Pengurusan Kelas
·         Pengurusan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan satu tempat di
mana setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah.
·         -Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
·         -Peratura-peraturan bilik darjah
·         -Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
·         -Pengurusan tingkah laku
·         =Penjadualan
·         -Penyimpanan rekod
·         -Stesen-stesen pembelajaran
·         
      Pengelolaan yang berkesan dapat membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih baik.Pengurusan bilik darjah secara umumnya mengandungi komponen-komponen seperti berikut :
·       
           Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
·         Peratura-peraturan bilik darjah
·         Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
·         Pengurusan tingkah laku
·         Penjadualan
·         Penyimpanan rekod
·         Stesen-stesen pembelajaran

Penyusunan Kemudahan Fizikal Perabot Bilik Darjah
·         Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang
·         Mengurangkan kebisingan dan gangguan
·         Memupuk interaksi murid
·         Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran
·         Membolehkan guru yang memantau aktiviti murid
Cara penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan
·         Guru dan murid bergerak tanpa halangan
·         Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar
·         Guru dapat menimpukan perhatian kepada semua murid

Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
v  Ruang belajar untuk kumpulan besar .
v  Ruang belajar untuk kumpulan kecil
·         Sudut rekreasi
·         Tempat audio-visual .
·         Sudut bacaan
·         Sudut pameran
·         Sudut 'time out'
·         Tempat letak peralatan membersihkan diri .
·         Sudut pengurusan kebersihan diri
·         Sudut tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah .
·         Sudut maklumat murid
·         Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Peraturan Bilik Darjah
Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti :
·         Aktiviti keluar masuk kelas
·         Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi bersama seperti almari,
rak, alat tulis, komputer dan lain-lain .
·         Meninggalkan tempat duduk
·         Menyerahkan kerja yang telah siap .
·         Menjaga kebersihan bilik darjah
·         Padang permainan
·         Perhimpunan dan sebagainya.

KONSEP PENDIDIKAN KHAS
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."
Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar :-
·       Perkembangan mental
·       Kestabilan emosi
·       Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
·       Sekolah Khas
·       Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
·       Pemulihan Khas
·       Program Disleksia
·       Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
·       Masalah Pembelajaran
·       Masalah Pendengaran
·       Masalah Penglihatan
Dasar Pendidikan Khas

Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
·         Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
·         Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
·         Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
·         Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
Deklarasi Antarabangsa:
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!










BIBLIOGRAFI